SSRANZ Admn August 13, 2023

Perhatikan perbezaan kemasukan Scotland ke dlm UK dan kemasukan North Borneo ke dlm Malaysia. 

Parlimen Scotland meluluskan Act of Union 1707 untuk bergabung atau memasuki UK. Tapi Parlimen Britain yg meluluskan Malaysia Act 1963 supaya North Borneo bergabung dgn Malaysia pada 16.09.1963 kerana North Borneo belum mempunyai Parlimen atau Dewan Undangan Negeri pada waktu itu. Ia hanya mempunyai Parlimen atau DUN sendiri pada 25.09.1963.

Ini membuktikan bahawa North Borneo tidk ada kapasiti atau bidang kuasa utk mendatangani Malaysian Agreement 1963 (MA63). Bererti North Borneo MASIH dijajah oleh Britain waktu ia bergabung atau memasuki Malaysia pada tahun 1963 dan masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya. 

Konon referendum Cobbold Commission yg menentukannya. Ketahuilah bahawa walaupun keputusan referendum 100% memihak cadangan utk memasuki Malaysia, ia WAJIB dibentangkan di Parlimen/DUN negara itu sendiri sebelum menjadi Akta. 

Oleh sebab North Borneo belum mempunyai Parlimen / DUN sendiri,  keputusan referendum tersebut terpaksa dibentangkan di Parlimen Britain hingga termeterainya Malaysia Act 1963.

Jadi sudah jelas bahawa Parliamen Britain yg membuat keputusan supaya North Borneo memasuki Malaysia, bukan North Borneo atau Parlimen/DUN North Borneo yg membuat keputusan tersebut."


Source: Jack Situn II